Tapi tahu tak yang bukan semua niqab sesuai untuk niqabis (ini panggilan yang biasa orang guna untuk wanita berniqab).
Disini kak syiqin nak share 4 poin apa yang menyebabkan bukan semua niqab sesuai untuk niqabis walaupun nampak macam cantik je,macam comel je.hehe...
4 poin utama untuk pemilihan niqab.
1.Material.
Yup...ini paling asas,setiap orang ada citarasa tersendiri untuk nak pakai fabrik apa dimuka lagi-lagi kalau baru berniqab dan seharian nak pakai.Material itu mestilah ada ciri dibawah.
πKeselesaan nak bernafas.Sesak nafas nanti pengsan pula kang.hihi
πLembut,haa nak pakai dimuka mestilah lembut.Gerutu kang jerawat tu...tapi sepanjang #niqavielover datang butik niqab Niqavie ada juga sebenarnya yang tak suka lembut.Ada yang nak lembut sangat pula.Biasalahkan citarasa muka masing2.Sebab tu Niqavie sediakan lebih 10jenis material sebagai pilihan dan 5 di antaranya tiada dijual diluar sebab kita import.Lagi satu banyak mana juga butik niqab di Malaysia ni.Alih2 Niqavie Boutique juga yang punya.Maka kenalah cuba satu persatu. (Bab material ini kita sambung part lain ye sebab banyak nak share tentang ini). π
πRingan.
Ye...kalau berat nak angkat muka pun tak larat.Tercabut kang kulit muka tu.ππ
πTak jarang.
Haa...ini pun penting,yolah kita berniqab sebab nak tutup muka tapi kok jarang apa yang nak ditutup.Hihi...malu kang.Sengih pun nampak gigi.π π
2.Harga.
Hihi...ini faham2lah ye sayang sekalian.Nak membeli kena ukur poket juga ye dak.Tapi takyah risaulah.Di butik niqab Niqavie banyak pilihan harga untuk semua golongan.Nak paling murah hingga paling letops.Setakat ini kalau bab harga selalu dapat feedback murah dan berpatutan,kalau tak caya meh datang.hihi..yes dear harga dari RM3 hingga RM3000.Fuhyoo...murah giler RM3.
Ada rezeki jumpa founder,silap2 dapat free.hikss...haa yang RM3000 tu pernah dapat tempahan dari golongan vvip dan diraja (nama rahsia).Biasalah,orang berduit...ada je benda yang di letaknya.Tapi material memang tak jumpa diluar merata.Niqab Yaman Tobie pun kalah lagi.hihi.Ala...sayang2 beli yang bawah RM30 atau bawah RM50 ataupun bawah RM100 je.Semua ni sudah selesa terutama untuk kategori classic,ada duit lebih dan cari kepuasan lebih boleh cuba exclusive.dapat kotak niqab yang comel.Okay itu je...bab kategori harga ni kita share di entry lain.π€π€
3.Kualiti jahitan dan cara pakai yang betul.
Haa...ini penting juga tau sebab nak pakai dimuka kan.Siapa tak suka kemas kan?murah pun kalau tak kemas macam takde rupa niqab.hihi..kekemasan ini penting dibahagian sudut dahi,bawah mata,bukaan mata,tepi2 niqab dan lebar labuh niqab.
Kalau tak kemas dan benang timbul2 nanti bagi kesan bahagian dahi atau bawah mata.
Di butik ada niqab yang berjahit dibawah mata dan ada yang tidak.Selesa k?haa tu kena cuba sebab dua2 ada penggemar tersendiri lagi satu ada material yang kena jahit baru selesa dan ada yang tak elok jahit sebab materialnya nipis.Kena cara jahit dan setting kain semua selesa pun.Kita dah banyak kali buat RnD utk setiap material,cara jahitan dan design.Semuanya untuk perbaiki kualiti.Pelanggan cuba dan pegang depan mata tau...jadi selesa atau tak memang kenalah sedia hadap.Itu yang kualiti dijaga dan kalau ada rosak dari pihak Niqavie kita terima tukar dan repair.
Selain itu,bukaan mata juga memainkan peranan.Ada yang suka luas dan tidak dan juga yang pakai cermin mata.Dua2 ada pilihan untuk niqabis.Citarasa masing2 ye dak? ππ
Lagi satu,labuh dan lebar pun antara kegemaran niqabis.Rata2 ramai yang suka labuh jadi kita banyak buat design labuh,extra labuh pun ada.Labuh ini maksudnya tutup dada dan extra labuh yang tutup pusat/ari-ari.Haa labuh bak hang.Tapi ada juga yang tak suka labuh tau...jadi jangan hairanlah klu jumpa macam2 ukuran di butik niqab Niqavie.hihi...
Okay ini kena perati dan belajar di entry lain,bab cara pakai kena ada tutorial video/gambar selit caption sekali untuk mudah belajar.Tak betul cara pakai dan ikat nanti tak selesa walaupun poin di atas semua sudah okay.
Apa pun kita raihkan semua keinginan pelanggan π
Alhamdulillah,okay ini last.Sekali admin selit contoh gambar.
4.Pemilihan design yang sesuai.
Baru lagi kan...jadi kita cuba design yang basic dan simple dulu.Baru nak didik hati dan serasikan dengan pemakaian cara baru.Slow-slow ye...ini antara design evergreen yang orang baru dan lama suka pakai sebab mudah dan simple.
Admin kongsi gambar je dulu...review fungsi di entry seterusnya sebab dah panjang sangat ni.Nak review fungsi setiap satu biar lebih faham.hihi ππ
Niqab Half (material dan harga banyak pilihan).
Niqab Full (tutup dahi)
Niqab 2layer Standard (arabic style) simple
Okay cukup ini...ada beberapa lagi artikel yang admin akan share next time.Selamat berniqab dan semoga bermanfaat ye.
Kalau copy paste tu letaklah link dan kredit,penat tau admin taip. πππ
Nak cuci mata design lain atau kes study boleh jenguk di website π www.niqab.my
Ada apa-apa boleh hubungi butik niqab Niqavie 0133535206.
Terima kasih sudi baca,sharelah dengan kawan2 yang lain.



